Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

last riadah before going back home (:

padang kawad KC

riadah? tak rajin pun nak buat. sebab biasanya balik klas mesti dah petang. kalau takde klas pun sibuk dengan sesi kan. (alasan ;p) lagipun this sem kami amek subjek kokurikulum pendidikan. dah main bola tampar sekali seminggu cukupla. hehe

harini hari sabtu. esok hari ahad. esok, last paper yang akan berakhir pada jam 4 petang dan lepas tu kebanyakkan orang akan balik termasuklah aku. tapi sape-sape yang pergi singapore kene stay la. MTM pun sama - ada camp, mereka sangat busy. kesian MTM. hahahaha

jadi, lepas dapat msg dari FAHIMAH ajak join turun padang kawad aku pun fikir daripada duduk je dalam bilik tengok running man pastu gelak sorang-sorang bosan jugak. join jela. hehe

nak hilangkan pressure esok kena jawab last paper setelah gap selama 4 hari, WANI dengan penuh semangat beli getah nak buat tali. aim: nak main zero point. ada banyak sebutan sebenarnya. zero point ke zero fine ke tak kisahla. orang ganu sebut zero pin. kan FATEHAH kan. hehe.

mula-mula ada AKU, WANI, FAHIMAH, FATEHAH, KAK JA NGAN EMY je. pastu HAJAR, AIDA NGAN INA datang. bertambah riuhla orang kampung. haha. AMZAR ada. tapi dia ngantuk. tak nak main. hehe.

the game just started






bersiar-siar dengan motor inchek ANG. hehe


rehat jap. penat!



dah macam umur 10 tahun la pulak main macam tu. teringat time sekolah rendah dulu. biasanya main time sekolah petang. dulu, selalu main kejar-kejar, polis and thief, main rebut tiang, batu seremban, tutup botol. haishh rindula zaman kecik-kecik dulu. waa.. dah besar dah aku sekarang. tapi perangai still masih ditahap kanak-kanak. hehe.

riadah berakhir dengan keluar beli burger dekat flat ikan depan kedai mamak. motif beli dekat situ sebab ada accident dekat depan gerai burger tu. ngeri. sekian cerita kali ini :)

Thursday, June 21, 2012

don't walk. RUN!

today my entry is about lelaki berlari atau dalam bahasa ongputihnya running man. secara jujurnya aku ni sangat la sibuk. tak de masa nak tengok muvie ke main game ke bila dok kat u ni. busy. korang kene paham. aku memang sibuk sangat. (okayy, bajet je lebih. haha)

al-kisahnya sekarang tengah exam. gap antara paper tu pulak jauh. well, as u know, aku ni bukanlah seorang yang suka study cepat-cepat. nanti lupa. sama je macam tak baca buku. (sila jangan tiru. ini tidak elok)

lain orang lain cara sebab manusia itu unik. aku ada cara aku sendiri nak study. so, jangan nak persoalkan pulak. hahahaha

okay okay. dah jauh melalut ni. aku nak citer pasal running man ni. bukan pasal exam ke study ke. takde kena mengena okay.

ehemm. okay, berbalik kepada running man tu. aku ni pelik la. apasal orang dok sebut-sebut pasal bende alah ni. best sangat ke? hmm, ntah pape ntah. buang masa je. (ni sebelum tengok running man)

kenapa aku tiba-tiba nak tengok citer ni?

selain disebabkan gap antara paper tu, ada la sorang kawan aku ni. minat sangat ngan haroro. ntah apasal ntah. sebab curious aku pon tengok la citer ni. hehe. lagipon taknak la nanti orang cakap aku ketinggalan zaman kan. hahahaha

pas tengok citer tu rumate aku marah aku. sebab aku gelak kuat sangat. dia nak tido pon tak boleh. hahaha. aku sebenarnya nak suruh dia bangun. tak de niat lain pon (nak cover ^^)

then now, aku dah tahu kenapa kawan aku tu suka haha a.k.a haroro. dia tak de la ensem macam joong ki tapi dia sangat lawak. spontan pulak tu. haha. i like him.

okayy la. skang nak sambung tengok balik. bubbye and assalamualaikum (:

*sebenarnya aku ada lagi 1 paper exam. arini ari kamis. exam ari ahad. hehehe :p

Thursday, February 2, 2012

dah terjawab :)

assalamualaikum.

aku dah tahu result aku walaupun sepatutnya tahu 9 feb nanti. apa yang mampu aku cakap, alhamdulillah. aku puas hati. tak dapat dean list tapi aku dapat ingat sesuatu. sesuatu yang aku lupa bila aku masuk u.

belajar bukan sebab nak pass exam tapi belajar nak tahu.
belajar bukan sebab nak kejar dean list tapi belajar sebab enjoy.

bila kita kejar sesuatu dan kita tak dapat mesti rasa depress sangat. yup, aku depress bila tengok result dekat simulasi. aku rasa teruk sangat. aku nangis dan aku fikir. kenapa teruk sangat ni? walhal tak teruk mana pun. aku cari kat mana salah aku. apa yang menyebabkan result aku macam tu. 3.5 pon tak sampai. hmm.. dan selepas berfikir aku ketawa. ada apa dengan pointer tu? yang penting betapa berharganya ilmu yang aku dapat dan apa yang aku aplikasikan dalam kehidupan. mungkin itu rezeki aku. mesti ada hikmah disebalik semua tu. allah tu maha mengetahui segala-galanya. positive zahrah!

alhamdulillah beberapa hari selepas itu pointer kat simulasi tu naik. menjerit bagai nak gila! haha. at least lepas untuk mohon scholarship lepas ni :)

azam sem 2: nak jadi lagi ceria. nak senyum selalu. nak ubah diri menjadi yang lebih baik. nak enjoy bila belajar. nak jadi pelajar yang baik. dan saya nak buat yang terbaik! hidup ni sekali je. apa kata  kita hargai nikmat yang allah kasi :)

pointer tu memang penting tapi tak guna pointer tinggi kalau kita tak aplikasikan apa yang kita belajar dalam kehidupan kita. (peringatan buat diri sendiri)

*saya rindu ayah saya. i always curious what he will say to me when i show my result now. kawan saya kata:

'ayah kau memang dah takde nak cakap dia bangga dengan kau tapi aku ada dan aku bangga dengan kau.'

Thursday, January 5, 2012

first paper

pandang-pandang kiri kanan.. kenapa dorang ni tulis tak berhenti-henti? panjang gila kot. amende la yang dorang tulis panjang-panjang ni. kang kalau tenung lama-lama kang kena tangkap pulak sebab disyaki meniru. haha.

paper tadi alhamdulillah boleh buat. cuma tu lah.. coursemates aku semua tulis panjang-panjang. aku rasa jawapan aku tu pendek je. hmm, yang tak boleh blah ada sorang kawan aku aku ni cakap dia tak baca buku pon. tapi tadi.. mak'aih, sampai minta kertas tambahan lagi. penuh buku jawapan dia. apa yang aku boleh cakap tentang dia adalah:

hye girl, u memang osem + cool la. i loike. haha :D 

Shoutbox