Showing posts with label assignment. Show all posts
Showing posts with label assignment. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

cikgu part 2

oke. ni sambungan entry cikgu part 1.

sebenarnya aku buat assignment ni 2 hari. memey da cakap ngan GB da sebab ingatkan tak sempat nak buat 5 aktiviti dalam masa 1 hari. rupa-rupanya lebih dari cukup. hari 1st memey aku ni sampai dah buntu nak buat apa. yela. apa yang kita rancang tak berjalan seperti yang dirancang. terasa hidup ni kucar-kacir. buku bimbingan kelompok pulak tertinggal kat rumah. haru sungguh tapi apa yang penting COOL!

sebab aku tahu ada hikmah kenapa semua tu berlaku. ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.

semua aktiviti yang kami pernah buat dekat klas bimbingan kelompok memang aku aplikasikan kat situ. haha

hari 1st memang nampakla gagap-gagapnya budak-budak tu bila aku suruh g depan. ada yang sampai tak keluar suara. dalam hati cakap,

'maybe sebab baru lagi kot. takpe la.'

tapi bila sembang-sembang ngan cikgu dowg rupa-rupanya memang macam tu perangainya.

OMG!!

what should I do?

hari 2nd

hari ni memang kena start buat ice breaking balek. yela kan. semalam kan tak rakam. so bermula la assignment sebenar.

alhamdulillah. selepas dengar ceramah free aku semalam barulah perasaan malu tu kurang sikit. sebenarnya itu semua atas kesedaran diri dowg gak. kalau dowg still taknak cakap aku tak bole nak buat apa. aku rasa mungkin faktor persekitaran mempengaruhi tingkah laku mereka. ni sume berdasarkan apa yang mereka tulis masa ice breaking hari 1st.

'saya anak penoreh getah je'
'saya tak pandai sangat'
'saya hensem sikit'

kalau kita hargai mereka baru dapat lihat betapa 'banyak mulut'nya mereka. haha. coklat memang aku spare banyak-banyak la.

'nak crispy tak?'

'kalau nak kena cakap kat depan.'

so. konklusinya dowg ni ibarat batu permata yang belum digilap. kena bagi semangat, push sikit baru bole gerak.

tapi yang paling best budak-budak kat situ BAIK SANGAT!

balek salam tangan.

oke. mesti kowg kata normal tapi bagi aku tak sebab..

budak darjah lain pon salam jugak. siap peluk lagi. ohh,memang terharu sebab rasa dihargai. hahahaha

sebenarnya ada banyak sangat nak tulis. TERLALU banyak!!

tapi..

biarlah jadi rahsia aku ngan budak-budak tu ^^,

kowg,
akak beruntung kenal kowg. walaupun kowg kata kowg ni budak ulu. kita ni sama je =]

Friday, October 28, 2011

cikgu part 1

assalamualaikum readers ~.~

bila baca tajuk entry terasa 'cikgu' la sangat kan.. hahaha

al-kisah bermulalah assignment bimbingan kelompok aku di SK KUNDANG ULU.

ohhh, hari first menjejak kaki ke sekolah nervous usah cerita. memang nak meletup dadaku. tapi muka kena cool. barulah macho. betul tak? hahaha [erkk, aku perempuan bukan lelaki XD]

masa tu hanya 23 orang pelajar saja yang datang. jumlah sebenar ada 27.

0oOoppsss..

lupa pulak nak cakap. aku buat assignment ni ngan FAHIMAH. so, kteowg pecahlah kepada 2 kumpulan. yela.. ni kan assignment individu. bukan berkumpulan. lecturer pulak kata max 11 pelajar je. tapi tak pe kot lebih sorang dua. [skeati ko je] hahahaha

aku amek 11 orang. FAHIMAH amek 12 orang.

sapelah budak-budak bertuah tu:

zul.azri.amin.haqim.azim.hanif
sopiah.miza.wani.ezrin.athirah.

alhamdulillah. mereka semua baik sangat. tapi aku berdepan dengan MASALAH BESAR!
  • sifat malu yang extrem.
  • ada pelajar yang tak tahu membaca.
  • kamera tak boleh rakam. max 4 SAAT !

oleh kerana aku ni cool kan so aku redah jela. aku memang suka bab redah-redah ni.

MALU?
-memang nak kena kasi ceramah FREE ni. my febret part. haha

TAK TAHU MEMBACA
-hmm,aktiviti kene ubah ni. unfair kalau aku teruskan jugak dengan aktiviti membaca.

RAKAMAN
-oke. tak yah rakam. COOL kan. haha

walaupun tak boleh rakam, aktiviti kena diteruskan jugak. sepanjang aktiviti tula aku dapat kenal pasti kelemahan dowg. 

tajuk modul aku ialah 'AKU ANUGERAH TUHAN'.

aku nak bagi kesedaran kepada mereka bahawa mereka itu istimewa. SANGAT ISTIMEWA! jangan berasa rendah diri kalau awak tak pandai. jangan fikir orang lain hebat dan awak tak setanding mereka. sebab setiap manusia ada kelebihan masing-masing. cuma awak yang tak sedar.

azim dan ezrin merupakan atlet sekolah. tapi mereka pemalu. tapi takdelah extrem sangat pemalunya.

paling tak dapat aku lupakan seorang pelajar menangis semasa aktiviti dijalankan. waahhh, cuak seyh! anak orang kot! dan dia mempunyai sifat malu yang sangat extrem. 

BERJAYAKAH AKU MENGUBAH MEREKA?
CAPAI KE OBJEKTIF MODUL AKU?

sambungan entry seterusnya. haha



Shoutbox