Monday, July 18, 2011

memang itu takdirnya.

dulu masa aku form 5 aku pernah cakap dengan ayah macam ni:

"ayah,nanti kita nak amk kaunseling. pastu ayah kene ajar kita taw. mesti senang nak buat assgment kan. buku pun dah ada. tak payah susah-susah keluarkan duit beli buku beratus-ratus. kann??"

ayah cuma cakap:

"jadi apa yang kau nak. jangan ikut orang lain."

lepas ayah takde, aku rasa aku taknak jadi kaunselor. kau takut sangat! macam mana nak bimbing orang lain, bagi nasihat kat mereka sedangkan aku sendiri tak boleh nak nasihatkan diri sendiri? aku sedih sangat! kehilangan ayah macam satu mimpi ngeri. aku hilang telinga aku. dia yang selalu dengar masalah aku. siapa yang akan tolong aku lagi lepas ni? aku rasa macam-macam. sakit hati,geram,kecewa,sedih semua ada. ada satu tahap aku tak nak ingat lagi kisah hidup dulu. biarlah aku hilang ingatan daripada mengingati perkara lalu.

tapi..

ayah pernah cakap, jangan lari dari masalah. kita kena tabah. kalau kita lari sampai bila pun masalah itu tetap ada.

akhirnya aku redha. allah lebih sayangkan dia. keredhaan itu membuatkan aku tenang. cuma kadang-kadang air mata mengalir kerana rindukan dia.

sepatutnya ayah pergi canada. sambung master kat sana. aku ingat lagi. masa tu aku darjah 4 atau 5. tapi disebabkan kami adik-beradik dia lepaskan saja peluang itu. kalau pergi canada hanya boleh bawak isteri dan seorang anak. adik-beradik aku ramai kott. jadi ayah cakap,

"malaysia pon apa kurangnya?"

sepatutnya ayah sambung Ph.D tahun lepas. tapi allah lagi sayangkan dia. dia pergi tanpa sempat mencapai impiannya. sebenarnya ayah nak jadi pensyarah. aku rasa yang itu sudah tercapai sebab ayah merupakan seorang tutor sambilan kat UPSI. tutor tu macam pensyarah la. cuma tutor hanya mengajar di bilik tutorial. pensyarah bole mengajar di dewan kuliah. tutor tak boleh.

aku nak capai semua impian ayah. aku nak belajar kat oversea n aku nak belajar sampai Ph.D then nak jadi pensyarah kat universiti.

alhamdulillah. aku ditawarkan bacelor pendidikan (bimbingan dan kaunseling) di UPM. bukan tak mahu sambung lagi dalam bidang akaun atau matematik. nak sangat sebab aku minat sangat nombor tapi masa isi borang upu dulu aku dah niat. aku mohon semua yang aku minat. apa yang aku dapat aku redha. aku tak kisah. sebab masa tu betul-betul dalam dilema. aku nak jadi apa sebenarnya?

betul ke nak jadi cikgu? boleh ke aku jadi cikgu?

akauntan? sesuai ke dengan diri aku ni?

matematik? lepas tu aku nak jadi apa? tak kan nak sambung terus amek Ph.D? macam lama sangat la pulak.

sakarang aku dah tahu. aku adalah bakal cikgu. bakal menjadi seorang pembimbing. insyaallah i'll try my best! mak ngan ayah tak kisah aku nak jadi apa tapi dorang pernah cakap anak perempuan ni sesuai jadi cikgu. bila dorang cakap camtu aku cakap,

"apa barang jadi cikgu?"

huhu. sekarang hmmm.. amek pendidikan jugak.

kita hanya merancang tapi allah yang menentukan. yang penting aku suka sangat dan mak aku pun bahagia.

aku harap aku tak terkena kejutan budaya. maklumlah.. UPM kan dekat dengan bandar. takut jugak.

hmm, nasib baik IKA ngan MUS pun dapat UPM. mesti seronok ada budak 2 orang ni. hehe. tapi kolej ktowg jauh-jauh laa. weekend jela jumpa. hmmm... at least boleh jumpa.

SYAZA ngan SYAKIRA tak tahu la bila boleh jumpa lagi.

SYAZA - UNIMAS
SYAKIRA - UTHM

UNIMAS dalam nama panjangnya universiti malaysia sarawak. jauh tuu. bestla SYAZA naik belon je bila nak balik semenanjung nanti. huhu

SYAKIRA pulak dekat batu pahat. muar - batu pahat sebelah je. hmmm,ada harapan jumpa dia lagi. haha

apapon aku bersyukur sangat sebab dapat apa yang aku nak! memang ini yang paling sesuai untuk diri aku. alhamdulillah. hmmm, tak sabar rasanya nak perah otak lagi. dah nak berkarat cuti 4 bulan ni. huhu

Shoutbox