Monday, October 24, 2011

sekolah rendah? saya rindu~

tadi pergi kat sekolah rendah dengan hasya zeyy a.k.a ika. bukan sekolah rendah aku ye. ni sekolah yang akan aku pergi untuk buat program hari khamis dan jumaat ni.

SK KUNDANG ULU.

ni sekolah luar bandar. sebenarnya masa nak decide nak buat bimbingan kelompok kat mana, lecturer da bagitaw da sekolah ni susah sikit. banyak prosedur yang kena ikut. alhamdulillah kerja aku dipermudahkan. masa datang tadi ada cikgu-cikgu tanya dari mana. bila cakap dari UPM nak buat program kat sini cikgu-cikgu tu suka sangat. siap cakap terima kasih lagi sebab buat kat sekolah tu. aku pulak yang rasa terharu. aku yang sepatutnya cakap terima kasih sebab bagi aku kebenaran nak buat kat situ.

TERIMA KASIH CIKGU SEBAB HARGAI SAYA.

tadi ada budak masuk pejabat tu. pengawas. ingatkan dia nak main nyorok-nyorok dalam tu sebab kawan dia kat luar kira 1 2 3. rupa-rupanya dia nak tekan loceng dah habis rehat. yela. before dia masuk tu sebenarnya dia dah mundar-mandir dah kat luar. kitowg yang dok kat dalam dah gelak-gelak sebab lucu sangat tengok dia ngan kawan dia. haha

seriously rindu zaman budak-budak. main batu seremban, rebut-rebut tiang, zero fine..
argghh, i miss that moment!

sekarang aku dah besar. dah 6 tahun meninggalkan zaman sekolah rendah. entah-entah kawan aku masa sekolah rendah dulu tu dah tak ingat aku lagi. maklumlah sekolah rendah aku kan ada 3. aku memang suka pindah-randah ni. haha XD

oke la. tu je nak share. bubbye n assalamualaikum.

Shoutbox