Thursday, April 10, 2014

cerita suatu ketika dahulu...

assalamualaikum.

dok scroll-scroll IG then tiba-tiba nampak lah kawan aku post pic basikal. dan tiba-tiba terimbau kenangan lalu. ecehh. ayat macam cikgu BM. in other word, suddenly i miss them. hmm.. ni dah macam ayat cikgu BI la pulak. hehee.

semuanya bermula disini. SMJK YOKE KUAN.

dulu aku dok asrama. tapi aku rasa aku tak cukup kuat kalau parents aku tak pantau aku. dok main je sampai result jatuh gedebuk. sakit ooo. then pastu baru nak menyesal tengok result tak seperti yang diharapkan. ayah aku kata, nak menyesal pon tak guna, benda dah jadi. so, aku pilih untuk tukar sekolah. sebelum menyesal buat kali ke 2, baik aku amek tindakan yang dirasakan wajar dan bernas sekali. semuanya berlaku dengan cepat. lepas keluar result PMR, aku cakap taknak duduk asrama. nak tukar sekolah, then ayah aku amek surat tukar kat PPD. masa tu lagi berapa hari je nak start sekolah. the best thing pasal ayah aku ni, dia biarkan aku buat keputusan sendiri. tapi dia guide la, tanya apa effect kalau aku amek keputusan tu, baik buruk benda tu then segalanya terserah kat aku. sekolah ni merupakan sekolah ke 3 aku dalam masa 3 tahun aku belajar kat sekolah menengah. heheee :p

(tenkiu ayah because let me decide what i want. you know me very well. i love you)

kenapa pilih yoke kuan? sebab majoriti student melayu kat situ aku kenal. dulu kami belajar kat sekolah rendah sama-sama. so, kuranglah sikit masalah aku untuk adapt kat tempat baru. aku.. susah sikit bila ada kat tempat baru. hehee

mereka. banyak yang dorang ajar aku. hahahaha. ajar aku erti persahabatan. walaupun mulut kadang-kadang macam takde insurans, tapi bila member susah, datang tolong. dorang.. no words can describe them. in that 2 years, we always together.

sekolah. kantin, tuisyen. motor. sawah padi. jambu batu. rumah mus. gaduh. gurau kasar. makmal.

semua tu ada ceritanya. cerita yang hanya kami sahaja yang faham :)
aku rindu korang.


my classmates. 5D2.

after bedah katak.

with them. mereka yang selalu kasi pinjam buku homework. especially addmaths. hahaha :p

too close :)

my class for 2 years.

before SPM. before I go.

last paper. SPM.

suatu ketika dahulu..

ntah apa ntah yang lawak. lupa..

raya. they came to johor. stay at my house. chat together before we sleep :)

ragher. last year :)


semua tempat ada ceritanya sendiri. sampp. smk. kmj. upm. cerita yang lain tapi cerita itu yang mengajar aku tentang hidup. lain kali aku cerita. hehee :p

kbye tu je nak cerita. assalamualaikum :)



p/s: hard disk aku kena virus. gambar korang hilang. wuuuu.. sedih. nanti kita jumpa please kasi gambar yang berkepok-kepok tu.




Wednesday, March 26, 2014

rindu yang tak terungkap.

assalamualaikum..

hmm.. aku rindu dia. insan yang selalu percaya pada diri ini. aku rindu dia. insan yang selalu ada jatuh bangun aku. aku rindu dia. insan yang selalu menenangkan aku tiap kali aku sedih. aku rindu dia. insan yang bergelar ayah.

ayah.. kita dah 22 tahun. maksudnya.. dah hampir 4 tahun ayah tinggalkan anak ayah yang manja ni. cepat masa berlalu. kalau dulu, kita selalu cakap kat diri kita.. ayah will back home someday. he just have a long journey. he'll back to you one day. but now..  i talk to myself.. ayah won't back home again. but inshaallah one day you will meet him. yes, he is no longer with you. but his words will always accompany you. Allah love him more than you. yes. he is far far far away from you, but he always in your heart. remember that.

well.. during my birthday, suddenly i remember our conversation. masa tu, kita masih kecil. maybe masa sekolah rendah.

me: ayah, cuba teka hari ini hari apa?
ayah: hari ahad.
me: (air mata dah bertakung tunggu masa nak jatuh je) hari ni hari jadi kita.

ayah diam. dia depakan tangannya. pegang bahu aku dengan kejap, kemas.

ayah: sory. ayah lupa.
me: takpelah (merajuk)
ayah: tak semestinya ayah lupa tu maksudnya ayah tak sayang. kita ingat kat orang bukan pada hari tertentu je. kalau kita nak ingat orang, kita ingat dia tiap-tiap hari. sayang dia tiap-tiap hari.

aku terus nangis. then ayah peluk aku.

ayah: selamat hari lahir. dah besar anak ayah ni.


mak, ayah, siti and anas. 4 years ago.


ayah, mak do very well to take your place. she try to understand me very well like what you did before. i just miss you ayah. i miss your hug. i miss your words. i miss all about you. 


rindu. andai rindu itu mampu untuk aku zahirkan. maka tenggelamlah dunia dengan rindu itu.


Tuesday, March 18, 2014

dari budak baik untuk budak nakal :p

menghadap laptop. menyiapakan tugasan yang tak pernah henti. ya.. selagi bergelar pelajar, itu adalah rutin. tiba-tiba bunyi telefon berdering. nombor yang tak dikenali.

aku: helo..
dia: happy birthday to you.. menyanyi sehingga habis lirik yang terakhir.

sungguh aku terharu. terima kasih kawan. si budak nakal yang memang nakal dan sangat nakal. entry ini khas untuk kau. si budak nakal teletubis. hahaha.





cukup sampai disini. terasa diri seperti cikgu bahasa melayu yang sedang mengarang cerpen pendek. kbye.


Sunday, March 2, 2014

week 3

assalamualaikum..

ni dah week 3. rasa malas mula menyelubungi jiwa. dengan esaimen yang dirasakan makin susah. semua subjek ada kerja luar.



kaunseling penyalahgunaan dadah - kena pergi puspen setiap minggu buat sesi dengan penangih dadah.
perundingan kaunseling ibu bapa - kena pergi sekolah interview kaunselor
kaunseling kelompok - kena buat sesi dengan students. tak cari lagi student ni..
projek ilmiah tahun akhir - yang ni.. bila fikir je terus sakit kepala..
bimbingan dan kaunseling kerjaya - kena buat modul kerjaya.
sosiologi pendidikan - ni lecturer pon belum jumpa lagi ni.. dia pergi umrah.

HEADACHE!

kalau application aku ke europe tu diterima.. hmm.. projek fyp mesti wajib siap sebelum budak-budak ni balik kampung lepas final exam sem ni. kalau tak hidup aku akan serabut, serabai nanti. Ya Allah, please ease everything for me.

kbye. nak tulis proposal fyp. esok nak jumpa ayahanda merangkap supervisor kita. assalamualaikum :)

Monday, February 17, 2014

that nanny is me :)

assalamualaikum..

esok, dah start kuliah. maksudnya cuti sem yang sebulan tu dah habis. lepas ni akan mula menghadap buku, buat assignment, presentation dan segala macam program yang ada. oppss.. lupa. sem ni dah start buat proposal FYP. so, sem ni dah kena rajinkan diri jumpa supervisor dan start mengarang research proposal yang panjang berjela tu.

sepanjang cuti ni.. mula-mula plan nak duduk serdang je. cari kerja kat sini. tapi masalah timbul apabila aku takde transport. ingatkan nak kerja dalam universiti je. tapi rasa macam leceh lah pulak. then at last balik kampung tanam anggur. hehehe :p

tapi.. 2 minggu sebelum start kuliah, tiba-tiba aku dapat kerja. jaga rayyan.

rayyan.. dia ni anak buah 1st aku. berapa kali aku jumpa dia? hmm.. boleh dibilang dengan jari. sebab aku kan study kat serdang. dia pulak tinggal kat JB. so, bila aku balik kampung, rayyan kat JB. bila rayyan balik kampung, aku kat serdang.

jaga rayyan.. itu adalah pengalaman yang tak boleh dilupakan :)


  • buat susu rayyan - 3 oz je setiap kali buat
  • mandikan rayyan - part ni.. 2 kali aku kena kencing ngan rayyan masa mandikan dia. lepas tu boleh dia senyum kat aku.. biasa dia ni! (tiru cakap tomok)
  • tidurkan rayyan - kadang-kadang rayyan tak boleh tidur. maybe sebab perut dia tak selesa. so acik dia ni kena dukung dia tepuk-tepuk belakang dia sampai dia tertidur. sian rayyan.
  • main dengan rayyan - rayyan suka senyum n gelak. comel sangat!!
  • tukar pampers rayyan - bila dia dah taknak minum susu.. bila tiba waktu sepatutnya dia tidur tapi tak tidur.. hmm.. maybe pampers dia basah. so kena tukarkan. nanti lepas tu inshaallah dia tidur.


pictures of rayyan :)

senyum :)

pandang sini.

senyum dulu :)

lepas tu gelak :D

berhenti gelak :)

saya laparlah acik..

dia tidur.

senyum lagi :)

hee.. main air liur la pulak dia ni. 

muka macam terkejut.

huh?

senyum :)

hmmm..

saya ngantuklah acik..


rayyan.. dia tidur ganas. elok-elok letak tegak atas bantal. tak lama lepas tu dia melintang la pulak. hehee

rayyan.. acik rindu kamulah.. macam mana ni.. huhuuuu :( semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat :)

okay. takmau merepek panjang-panjang. esok pagi ada klas. kbye. assalamualaikum :)



Monday, January 13, 2014

reality vs fantasy

assalamualaikum.

pernah rasa tak kita nak jadi macam ni.. macam ni dan macam ni.. tapi malangnya.. kita jadi macam tu.. macam tu dan macam tu.. kalau ikut carl rogers ini namanya ideal self vs real self.


ihsan pakcik google. malas nak lukis sendiri.

membayangkan semua yang dirancang berjalan dengan lancar tapi hakikatnya.. pfffttt.. susah gila nak capai seperti yang dibayangkan.


lukisan cik mel. dia ohsem :)


hmm.. takde benda yang senang dekat dunia ni. one thing that can make fantasy become reality is don't give up :) because nothing is impossible :)

kbye. cukuplah motivation words untuk hari ni. assalamualaikum :)



Tuesday, December 31, 2013

exam terakhir untuk tahun ini.

assalamualaikum..

alhamdulillah. masih lagi hidup. boleh bernafas hingga ke hujung tahun 2013. hari ni hari terakhir bagi tahun 2013. esok dah masuk tahun 2014.

okay. oleh kerana exam seterusnya akan dijalankan pada 2/1/2014, maka hari ni merupakan hari terakhir exam aku bagi tahun ni. tahun depan baru sambung exam balik. hahahaha

semalam.. aku rasa itulah kali pertama aku riadah untuk sem ni. main badminton dengan mereka. walaupun tanpa net dan juga kasut sukan. redah je walaupun hanya pakai seliper jepun. hahaha. tapi itu best. sebab ada mereka, pemain dari timor leste, mynmar, kemboja, indonesia dan juga us. nampak tak kawan aku.. sume orang obersea. aku tak main dengan orang malaysia ni. hahahaha.

okay. tipu. saja buat lawak :p


kitorang fefeling jadi pemain kat sukan sea. siap ada pengulas sukan dan juga pengadil. lawak! sumpah tak tipu. hahaha

 fefeling main macam maria sharapova.
ehh.. dia ni main tennis. hahahaha

dan akibatnya aku tidur lepas magrib dan bangun lepas azan isyak berkumandang. penat. maklumlah dah lama tak riadah. no wonder lemak naik bertingkek-tingkek.

bangun-bangun aku tengok rumate aku tengah layan runningman. dan aku pon join tanpa dia sedari. (dia pakai earphone. so dia tak perasan aku tengok sebab dia khusyuk tengok. hahaha) tak tahu episod berapa. tapi episod tu dorang kena seberang Sungai Han guna sampan yang dibuat dari kotak. gigih tengok dorang dayung. kesian Jae Suk, Garry, Joong Kok dengan Kwang So sebab sampan dorang terbalik. tapi memang salute la sebab Haha, Suk Jin n Ji Hyo dapat seberang sungai tu dalam masa 20 minit lebih. nak nangis dorang sebab dorang sendiri tak sangka boleh buat.




then tiba-tiba aku reflek balik diri aku. nota aku ni ada kat depan mata je. tinggal nak baca je. dorang.. kene buat sampan ikut kreativiti masing-masing. dah tu kena dayung merentas sungai dengan angin kuat n ombak sungai.. tapi dorang tak give up. walaupun sampan Jae Suk, Garry, Joong Kok dengan Kwang So terbalik, tapi dorang start over again. walaupun dorang tahu yang tendency dorang nak kalah tu tinggi.

sungguh aku tak tipu.. aku tak siap lagi study semua bab masa tu. untuk 2 subjek pulak tu. maka dengan azam yang kuat.. lepas tengok runningman.. setiap 1 jam lepas aku study je aku akan tidur dalam masa 15 minit. sampailah ke pagi. dengan masalah hidung tersumbat dan suhu badan yang dirasakan naik dengan mendadak.. aku pulun jugak study. (perghh kau tengok.. tengok runningman time pekse boleh membantu meningkatkan motivasi diri. hahahaha)

sampai satu saat.. aku dah tak boleh nak pandang nota. pagi tadi nak pergi exam pon hampir accident. nasib baik orang tu senyum kat aku. kalau tak memang nak kena maki orang tu. hahaha. tapi salah aku jugak sebenarnya.


 lambakan nota. muak.

masa tu aku dah tawakal je. aku dah berusaha. aku dah buat sehabis yang baik. maka, berserah diri lah kepada Allah. alhamdulillah. Allah permudahkan urusan aku.

jangan tanya berapa yang aku boleh skor. kerana sesungguhnya aku pon tak tahu betul ke tak jawapan tu. tunggu tahun depan baru tahu berapa pointer aku. heee :p


moral of the story.. jangan study last minute. kalau masa betul-betul takde dan korang terpaksa study last minute, study selagi termampu. ayah aku pernah kata.. kalau kau menyesal lepas jawab exam, sebab tak study.. tu dah tak guna dah. kalau nak menyesal, baik menyesal sebelum exam. sebab kau masih mampu lagi nak ubah keputusan yang akan berlaku. tak salah berkorban sekali sekala. dalam setahun ada 2 minggu je kalau tak tidur sebab study pon :p

kbye. dah banyak sangat menaip. assalamualaikum :)

-akan aku cakap dekat anak-anak aku nanti.. ummi dulu study hard. bukan study smart. sebab tu tak pernah dapat 4 flat. maka anak-anak ummi, kamu studylah smart. hahaha #bajet


Shoutbox