Thursday, June 20, 2013

kemalasan melanda diri.

assalamualaikum.

seperti yang diketahui, esok adalah last paper aku untuk sem ni. kaunseling keluarga. seriyesly aku tak tahu apa yang aku belajar sepanjang aku belajar subjek ni. ya allah. rasa macam loser je. esok nak jawab paper final exam pukul 8.30 pagi. tapi aku still tak baca buku lagi sampai sekarang. sekarang dah pukul 10.49 malam. lebih kurang 10 jam lagi sebelum aku pekse.

kenapa malas sangat ni zahrah? awak ingat awak dah pandai sangat ke?

wani kat sebelah aku ni rajin bebenor study. tapi aku takde mood sangat nak bukak buku. seriyes. arghhhhhhh!!!!!!!!!! taknak study. i'm not in the mood.

okay. let motivate my self..

dear zahrah,
awak fikir lah tak kan awak nak bazirkan masa awak selama 1 sem ni dapat result teruk semata-mata sebab awak layan malas awak tu. zahrah baik, tinggal lagi 1 paper je. lepas ni awak cuti 3 bulan taw. lagi 1 paper je zahrah. cuba bayangkan penat lelah awak pergi tu. tak kan awak rugikan masa awak redah panas-panas tu semata-mata sebab awak malas nak study. zahrah.. ni yang terakhir. lepas ni dah xde lagi dah. jangan malas. ingat, kalau tak dapat dekan jugak sem ni susah awak nak dapatkan dekan ntuk cgpa awak tu. tiap-tiap sem dapat 3.6 something je. lagi sikit awak nak dapat dekan. tak kan awak nak bayar ptptn. zahrah.. baca buku. walaupun awak tak suka baca buku tapi mesti ada hikmah bila awak kena baca buku. takpe zahrah. baca buku walaupun sikit. jangan give up awal sangat. sempat awak nak baca and score untuk paper esok.

cakap dengan diri sendiri. ni namanya teknik top dog under dog dalam teori gestalt.

okay bye. nak baca buku. assalamualaikum :)


Sunday, June 16, 2013

merungut dan terus merungut.

dah 3 tahun berlalu. tapi kita tak berubah bila nak exam. merungut dan terus merungut.

kenapa kena baca ni? kenapa susah sangat ni? kenapa.. kenapa.. kenapa..

-mana ada benda yang senang kat dunia ni. even nak makan pun susah kalau malas.- 

ayah, i miss your motivation words. i miss you so much. rindu nak mengadu yang bukan-bukan dengan ayah. rindu nak dengar ayah marah kita. rindu nak dengar kisah hidup ayah masa dulu-dulu. rindu nak dengar ayah buat lawak. rindu nak buat macam-macam dengan ayah. kita rindu ayah..

allah tak suka orang yang merungut zahrah. ada hikmah..




Monday, June 3, 2013

the longest journey to UPM

assalamualaikum..

for the first time in my life, i took train to back to UPM. why? sebab aku bawa maria dengan fizah pergi melaka. jalan-jalan kat kota A Famosa dulu. ni memang kerja gila! main redah je. tapi okay lah. perjalanan dipermudahkan walaupun jam sikit masa nak pergi kat dataran pahlawan tu. ohh ye.. aku ni bukan drive pergi melaka tu. aku naik bas ting tong. again.. first time in my life!

then guess what happen to me...

tiket bas semua habis. SOLD OUT!

-dalam hati : mati aku.. tak kan nak tidur kat melaka kot-

nasib baik la kawan aku ada sorang study dekat bandar melaka. dan memang aku ajak dia jumpa pon. ingatkan tak jadi tapi last minit dia call nak jumpa. good timing. sebab time tu aku baru habis jalan-jalan. betul-betul baru sampai melaka sentral dia call. lepas hang up call aku cari tiket bas semua habis.. hee.. Allah gerakkan hati dia nak datang jumpa aku..

muiz, tengs a lot friend. meredah jam dengan kereta manual. nasib baik ko ni mat kereta. kalau ko naik motor jenuh jugak aku nak bayar teksi segala macam tu. huuu.. tengs tengs tengs :))

kami lalu jalan dalam sebab jam sangat guna highway. tiba-tiba jumpa stesen kereta api sg gadut. seriyes aku  ingat sg gadut tu dekat selangor. rupanya sg gadut tu last hentian ktm kat negeri sembilan. mati-mati aku ingat last hentian kat seremban selama ni. huuu... sampai je kat sg gadut train nak sampai lagi 4 minit. lari laju-laju sampai tertinggal dodol kat dalam kereta muiz. aku mengidam kot dodol tu -.-  takpela. rezeki muiz.

hmm.. at last sampai dekat serdang dalam pukul 11 malam. amek teksi balik upm sebab bas macam dah takde.

moral of the story: lain kali buat plan A, B, C, D.... heee... tapi best sebab macam tengah melancong hari ni. cuma nak buat try and error ni kena berani amek risiko. alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan :))

okaylah. nak tido. esok nak study. kbye. assalamualaikum :)


Saturday, May 18, 2013

shine your way :)

assalamualaikum :)

aku ada masalah. masalah keyakinan diri. tapi.. aku jumpa mereka dan kongsi dengan mereka. hmm.. mungkin dorang nampak aku ni macam menolak je apa yang dorang kata. tapi.. balik tu aku muhasabah diri balik. hmm.. betul jugak apa yang dorang cakap. aku ada banyak kelebihan lain. kenapa nak rasa teruk kalau hanya ada satu atau dua perkara je yang aku tak berapa nak kuasai?

jangan kerana kau ada 1 kelemahan, kau lupa semua kelebihan yang kau ada.

itu salah satu benda yang aku belajar. yup, u make me realize something. mana ada manusia yang sempurna. mungkin sebab aku selalu nak jadi yang terbaik, sebab tu aku jadi macam ni.

terima kasih sebab buat saya tersedar. buat saya tersedar yang saya sebenarnya tak teruk. hanya saya saje yang fikir macam tu :)

owhh. btw hari ni ada tournament futsal. wish me luck :)

okbye. nak siap-siap g main futsal:)


lagu ni macam sesuai je untuk cerita aku. luv it!

Friday, May 17, 2013

the cloudy day,

assalamualaikum..

cuaca mendung kat UPM.

"time cuaca panas tak bukak. time mendung korang jual."

hee.. maaf. kitorang kan bizi, tak sempat nak jual masa hari jumaat yang lain. tiba-tiba bukak harini mendung la pulak.

hmm, taknak update panjang-panjang sebab tengak berjual sekarang. kbye. assalamualaikum :)


cendol kami :)

 

Wednesday, April 24, 2013

him :'(

assalamualaikum.

masa aku sekolah dulu, masa form 4 n form 5.. aku rasa susah sangat nak belajar aliran sains. oleh kerana aku yang pilih aliran tu, pilihan sekolah tu.. ayah cakap, aku kena bertanggungjawab atas pilihan yang aku dah buat. menyeluk pekasam biar sampai ke lengan. dah alang-alang amek, baik habiskan.

perit. sangat perit. nangis tu toksah cerita la bila tak tahu buat addmaths. hmm.. cikgu addmaths aku kat sekolah garang. kasi homework bertimbun-timbun. pastu kalau kasi homework arini, esok wajib hantar. okay.. kadang-kadang tak hantar.. kena denda berdiri kat tapak perhimpunan siapkan homework sampai siap. memanglah buat ramai-ramai.. tapi bila aku sorang je kepala putih malu kot.. i mean others do not wear tudung. my school is chinese school..

malu sangat.. kalau ayah lalu cepat-cepat nyorok. lupa nak cakap.. aku satu sekolah ngan ayah aku. memang aku sengaja pilih satu sekolah masa tu. senang. ni kes bila taknak duduk asrama lagi.

bila aku nangis.. tak reti buat homework.. rasa macam nak give up.. ofcoz aku nangis. and only ayah know it. sebab aku start study pukul 3 pagi. takde sape perasan aku nangis. hanya ayah tahu sebab ayah bangun malam. he hug me. give me motivation to make me strong. calm me.. ayah akan cakap..

"ara, ni baru spm. ayah ni amek master masa umur ayah berapa? dah tua pun ayah nak lagi belajar.. kenapa ara taknak belajar? ayah lagi tua dari ara tapi ayah lagi kuat dari ara.. ara kan muda lagi. sepatutnya lagi kuat dari ayah."

ayah buat aku berfikir.. kenapa nak give up cepat sangat? kalau ayah boleh kenapa aku tak boleh? if he can do it, why not me?

ayah.. kita rindu ayah. kita malas nak belajar sekarang. esaimen berlambak tapi kita tak start lagi. tapi takde sape nak motivate kita.. i have to motivate myself and i hate it. i need you but you...

 ayah,epah, mak dan anas


ayah n epah

allah tahu apa yang terbaik untuk kita. i keep remind myself.. ada hikmah disebalik kejadian. redha zahrah. ayah tak kan hidup walau engkau menangis air mata darah sekalipun. zahrah kuat, budak bijak.. ayah memang dah takde nak motivate engkau tapi ayah tinggalkan memori yang boleh memotivasikan engkau. 


 
 listen this song and i start crying..
bila kita gembira, kita hayati rentak lagu. tapi bila kita bersedih kita hayati lirik lagu..

Wednesday, April 17, 2013

belajar dari kesilapan

assalamualaikum.

sekarang minggu esaimen berlambak-lambak. present berderet-deret. report bertimbun-timbun.


karya tak berapa nak seni :p


arrrgghhhhhh!!!

tension oi!!

huu.. ada satu subjek ni. nama dia falsafah pendidikan. sebab cikgu kan.. wajiblah pendidikan tu. masalahnya sekarang aku tahu apa tu falsafah. tapi acane nak buatnye? how to create or write philosophy? i don't know. ohhh, someone please teach me!

seriyes aku rasa "eh betul ke ini falsafah?" bila aku tulis esaimen ni.

DARE TO WRONG!

orang cakap bila kita silap, masa tu lah kita belajar. dan aku paling tak berapa suka buat silap. huuu.. acane ni?

tapi.. lebih baik silap daripada tak buat apa-apa. kann?

lebih baik aku siapkan esaimen tu daripada kosong aje. lebih baik silap sebab nanti aku tahu kat mana salah aku daripada aku tak buat apa-apa dan cakap kat dr aku tak faham. at least i try to do something then be silent and do nothing.

actually i do ask my lecturer but i still can't get it. philosophy is not easy than i though. it is about wisdom. something that we think about it deeply and not roughly.

sesungguhnya saya bukan budak sastera tapi saya belajar untuk menjadi seorang pencinta ilmu. so, better u do your assignment. then ask dr is that correct or not. kalau salah pun masih boleh dibetulkan..

oraite. nak sambung buat esaimen. kbye. assalamualaikum :)



Shoutbox